DENGUE TEST

🌼 Gejala demam denggi ada pada anda atau anak anda? Klinik Haramain 24 Jam ada menyediakan rawatan ujian denggi. Segera datang ke Klinik Haramain 24 Jam untuk rawatan.

Kenapa perlu datang membuat pemeriksaan dan rawatan di Klinik Haramain 24 Jam?

  • Staff kami yang berpengalaman dan mesra
  • Doktor-doktor yang bertauliah di Klinik Haramain 24 Jam
  • Kelengkapan yang lengkap di Klinik Haramain 24 Jam
  • Kemudahan yang selesa dan kid-friendly di Klinik Haramain 24 Jam
  • Harga yang berpatutan
🌼 Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Tanda-tanda / gejala demam denggi:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Cara untuk mencegah demam denggi

  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  1. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  2. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

 

🌷 Book appointment anda di – 03-31913239 (whatsapp/call)

🌷 Walk-in ke :

     Klinik Haramain 24 Jam

     No 47&49, Jalan 2/1, Taman Sri Jaromas,

     42600 Jenjarom, Selangor

🌷 Layari laman web Klinik Haramain 24 Jam

     www.al-haramain.com.my