Jika anda dan pasangan mempunyai family-planning dan ingin mecegah kehamilan dari berlaku dalam beberapa tahun dan inginkan alternative yang tidak membahaya kan dan less-risk? Pemasangan implanon adalah salah satu cara yang efektif dalam perancangan keluarga.
Klinik Haramain 24 Jam menyediakan rawatan ini untuk anda yang ingin mencuba dan anda juga boleh memilih doktor pilihan anda mengikut penyesuaian dan keselesaan anda.
Kenapa perlu datang membuat pemeriksaan dan rawatan di Klinik Haramain 24 Jam?
- Staff kami yang berpengalaman dan mesra
- Doktor-doktor yang bertauliah di Klinik Haramain 24 Jam
- Boleh memilih doktor mengikut keselesaan dan pilihan anda
- Kelengkapan yang lengkap di Klinik Haramain 24 Jam
- Kemudahan yang selesa dan kid-friendly di Klinik Haramain 24 Jam
- Harga yang berpatutan
🌷 Book appointment anda di – 03-31913239 (whatsapp/call)
🌷 Walk-in ke :
    Klinik Haramain 24 Jam
    No 47&49, Jalan 2/1, Taman Sri Jaromas,
    42600 Jenjarom, Selangor
🌷 Layari laman web Klinik Haramain 24 Jam
    www.al-haramain.com.my
APA ITU IMPLANON
Implanon adalah sejenis implan pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan pada bawah kulit pada lengan anda. Ia berbentuk seperti rod nipis berukuran 40 mm panjang dan setebal 2 mm lebih kurang panjang stik mancis. Ia diperbuat dari plastik yang fleksibel yang mengandungi hormon progestin, berkesan untuk memberikan perlindungan maksima terhadap kehamilan selama 3 tahun.
BAGAIMANA IA BERTINDAK DALAM MENGHALANG KEHAMILAN?
Implanon merembeskan hormon progestin dalam dos rendah secara berterusan dan cukup berkesan dalam menghalang ovulasi dari berlaku. Ia juga menyebabkan mukus serviks menjadi tebal dan menyukarkan sperma untuk memasuki rahim. Ia juga mengubah ketebalan lapisan rahim ( endometrium) menyebabkan ia tidak sesuai untuk kehamilan.
Kesannya maksima dicapai selama 3 tahun dan selepas 3 tahun, rembesan hormon masih berjalan tetapi ia tidak cukup kuat untuk menghalang kehamilan dari berlaku.
KELEBIHAN IMPLANON
- Ia adalah selamat dan sangat berkesan hampir 100% dalam menghalang kehamilan
- Memberikan pencegahan kehamilan yang berterusan selama 3 tahun dan boleh dikeluarkan bila-bila masa dalam tempoh 3 tahun
- Satu pilihan alternatif yang baik untuk wanita yang tidak boleh menggunakan berasaskan estrogen.
- Selepas dikeluarkan, keupayaan wanita untuk hamil semula dengan cepat, sesetengah wanita telah dilaporkan hamil dalam masa beberapa hari selepas penyingkiran Implan kontraseptif.
- Ia boleh digunakan semasa menyusu badan.
- Ia membolehkan kawalan kelahiran berterusan, berpanjangan tanpa perlu mengikat salur tiub fallopia anda.
- Ia mudah dimasukan dan sebaik dimasukkan, anda tidak perlu berbuat apa-apa lagi.
- Mengurangkan sakit haid dan aliran haid anda.
- Implanon boleh memperbaiki kehidupan seks wanita kerana anda tidak perlu berhati hati atau risau tentang risiko kehamilan kerana ia sangat efektif.